Isnin, 17 Disember 2012

treatment pertama ttcku

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah diberi kesihatan yang baik untuk hari nie.
bermulalah perjalanan sebagai ttc setelah hampir 1 thn 8 bulan mencuba.
aku percaya pasti ada hikmah di sebalik dugaan ini.

setelah berfikir panjang aku dan suami tekad untuk pergi buat treatment di metro maternity kuala selangor. aku punyala cuak tapi nak wat camne prgi jela. redho orang kate. memikirkan nak bukak bukak kat bawah nie, aduhhhh.. segan mak uoll tapi atas bebelan sang suami ku turutkan jua.

11.12.12 aku ngan suami gamble je pergi. malas nak fikir entah apa masalah yang kitorang hidap sebenarnye. haha. masuk je bilik doktor tengok doktor perempuan. ok baik dan muda lg. aku dah rasa selesa da. dr vinodhini pun tanyalah aku ngan suami mcm mcm. periodok tak, masa bersama ada rasa sakit tak, cycle period bape hari. ehh macam macamla dia tanya. then langkah seterunya de suh aku baring tarik sikit kain yangakupakai masa tue untuk de scan. first time scan tgk rahim sendiri. doktor kata semua ok. xde ketumbuhan cyst atau fibroid. alhamdulillah. lega denn.. huhu.

de consult aku suh makan ubat clomid dulu untuk 5 hari. de nak suh aku besarkan telor ovum tue. kalo da besar senangla nx berjumpa dengan si sperma tu kang. hihi. ubatnya kaler oren ye kawan kawan.

oh lupa nak bgtau doc pun suh suami aku g cek sperm kat klang. bisa diurus.. suami pun mmemang x kisah pun. huhu. untung i dapat suami cenggitu.. kihkih.

keluar bilik dengan muka berseri almaklumla xde ketumbuhan di rahim. dan

proses seterusnya harus berjalan lancar juga. baby come to mama cpt cpt sayang.. mama x saba nak ada kamu.. (;

bil dibayar dan kami terus pulang..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan