Rabu, 19 Disember 2012

appoinment kedua day 19

assalamualaikum semua..

alhamdulillah diberi kesihatan yang baik hari ini.
semalam ptg 19.12.2012 aku pergi utk treatment tengok telor da besar ke x ngan pap smear. allah jela yang tau takutnye camne. nk kena rodok rodok kat bawah tue.. aduh...


masuk bilik doktor wat wat muka hepi je. then de sih baring bukak seluar sume. arghhh malunye.. nasib doc pompuan. nx wat test pap smear tu aku srlalu dengar sakit sebab de masukkan spekulum aka mulut itik tu. tapi aku rasa xdela sakit sangat. doktor tu pesan suh relaks je. tapi yang pastinye aku tutup matala. malu punya pasal. haha.

doc cakap sume ok. then de tgk telur aku sume. tekan beria kot. sakit sikitla tapi. huhu. de tunjuk aku nampak x yg itam itam tu semua telur awak. pastu yang besar besar pub de ukurla. ada 3 yang besar yang lain semua kecik lagi. aku iyekan jela.. haha. atlis ade jgk telor aku yang sihat. alhamdulillah..

de consult aku katenye suh datang hari jumaat 21.12.2012 sebab nak tengok telor tue da cukup matang.. then kitorang boleh intercourse (manje manje).yeay.. haha. gedik.
eh doc kare pun nk cucuk aku sok untuk hasilkan telor yang matang tue betul betul. aku redhokan jela. takut sebenarnye nk cucuk cucuk nie. tapi aihhh nk anak punye pasal. ai is pasrah n menyerah. hehe.


semoga perjalanan untuk memiliki zuriat ini dipermudahkan olehNya..
amin ya rabb..

bil dibayar dan kami terus pulang dengan gembiranya..
doc pesan nak mengandung x boleh stress nnt hormon estrogen x stabil..
syuhhhh.. g jauh ko hormon. aku tidak ingin mendekatimu..bahaha

Isnin, 17 Disember 2012

treatment pertama ttcku

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah diberi kesihatan yang baik untuk hari nie.
bermulalah perjalanan sebagai ttc setelah hampir 1 thn 8 bulan mencuba.
aku percaya pasti ada hikmah di sebalik dugaan ini.

setelah berfikir panjang aku dan suami tekad untuk pergi buat treatment di metro maternity kuala selangor. aku punyala cuak tapi nak wat camne prgi jela. redho orang kate. memikirkan nak bukak bukak kat bawah nie, aduhhhh.. segan mak uoll tapi atas bebelan sang suami ku turutkan jua.

11.12.12 aku ngan suami gamble je pergi. malas nak fikir entah apa masalah yang kitorang hidap sebenarnye. haha. masuk je bilik doktor tengok doktor perempuan. ok baik dan muda lg. aku dah rasa selesa da. dr vinodhini pun tanyalah aku ngan suami mcm mcm. periodok tak, masa bersama ada rasa sakit tak, cycle period bape hari. ehh macam macamla dia tanya. then langkah seterunya de suh aku baring tarik sikit kain yangakupakai masa tue untuk de scan. first time scan tgk rahim sendiri. doktor kata semua ok. xde ketumbuhan cyst atau fibroid. alhamdulillah. lega denn.. huhu.

de consult aku suh makan ubat clomid dulu untuk 5 hari. de nak suh aku besarkan telor ovum tue. kalo da besar senangla nx berjumpa dengan si sperma tu kang. hihi. ubatnya kaler oren ye kawan kawan.

oh lupa nak bgtau doc pun suh suami aku g cek sperm kat klang. bisa diurus.. suami pun mmemang x kisah pun. huhu. untung i dapat suami cenggitu.. kihkih.

keluar bilik dengan muka berseri almaklumla xde ketumbuhan di rahim. dan

proses seterusnya harus berjalan lancar juga. baby come to mama cpt cpt sayang.. mama x saba nak ada kamu.. (;

bil dibayar dan kami terus pulang..


Ahad, 16 Disember 2012

diari ttc «try to conceive»

assalamualaikum wbt..

apa khabar semua? hope semua undercontrol. cam aku nie. kejap panas kejap sejuk.. (;

ok straight to the point, aku nak isytiharkan blog nie akan ku tukar jadi blog ttcku.. moga perjalanan ini dipermudahkan olehNya.
selamat berusaha untuk aku dan suami.

amin ya rabb..

luv,
nurul